Sheikh Abdullah Basmeih
Kehebatan penterjemah kitab TPR bukanlah terletak kepada pencapaian ijazah yang bergulung-bergulung dimiliki oleh seseorang. Ini dibuktikan oleh Sheikh Abdullah Basmeih yang telah menunjukkan kemampuannya dalam kerja-kerja akademik tanpa mempunya sekeping ijazah.
Sebenarnya kelayakan akademik tidak terhenti dengan sekeping ijazah semata-mata, tetapi perlu diasah dan dikembangkan melalui minat dan keazaman supaya terus tajam untuk diambil manfaat.
Sheikh Abdullah Basmeih berterusan mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang yang pakar dalam bidang penterjemahan al-Quran, hadis, teks Arab ke bahasa Melayu serta mampu bertindak sebagai penganalisa kritis. Jika diteliti pada setiap penghasilan karyanya menggambarkan bahawa beliau seorang yang komited dengan kerja yang dijalankannya.
Kebanyakan kerja-kerjanya dilakukan secara insani. Dan hasil penulisannya ini telah disemak oleh mantan Mufti Kelantan Datuk Haji Muhammad Nor bin Haji Ibrahim.
Manakala edisi kemas kini pula telah ditambah baik oleh lima belas Ahli Lajnah Pentashih yang telah dilantik khas oleh JAKIM.
Memahami al-Quran memerlukan kepada penguasaan bahasa Arab yang kukuh, sebab-sebab turunnya ayat, nahu, saraf, asas fiqh-akidah-syariah, ilmu hadis dan sebagainya yang berkaitan dengan keperluan kefahaman dan tafsiran al-Quran.
Kepentingan ilmu-ilmu ini diambil kira dan dipertimbangkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih semasa melakukan kerja-kerja terjemahan al-Quran. Pendekatan yang digunakan oleh beliau dalam TPR ialah:
Kerja-kerja ini menggambarkan Sheikh Abdullah Basmeih seorang yang sangat teliti, amanah dan penuh tanggungjawab terhadap kalimah Allah SWT bagi tatapan generasi masa hadapan.