Kenali Kami

Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat penerbitan buku milik penuh bumiputera yang telah diperbadankan pada 24 April 2013. Nombor pendaftaran syarikat ialah 1043715-P. Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan menjadikannya sebuah syarikat penerbitan yang aktif dalam menghasilkan produk-produk dan bahan-bahan bacaan islamik yang bermutu tinggi. Produk-produk yang diterbitkan oleh Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. menyasarkan khalayak daripada pelbagai peringkat umur, bermula dari peringkat usia prasekolah sehinggalah ke peringkat dewasa.

Visi & Misi

Visi

Menerajui Fikrah Ummah

Misi

Berdakwah melalui produk yang berkualiti dan mesra pelanggan