Perancangan Syarikat

Dalam tempoh beberapa tahun mendatang, Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. sangat yakin akan berjaya muncul antara pemain utama dalam industri penerbitan buku, khususnya buku- buku dan produk-produk islamik. Untuk mencapai tujuan tersebut, Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. sentiasa proaktif dan melihat pasaran buku-buku atau produk-produk Islamik di negara ini tiada penghujungnya. Pasarannya luas dan sentiasa berkembang walaupun kadar permintaan sentiasa berubah-ubah mengikut musim atau trend.

 

Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. sentiasa berusaha mengkaji perkembangan pasaran buku-buku atau produk-produk Islamik supaya setiap buku atau produk yang diterbitkan oleh syarikat ini bermutu tinggi, berdaya saing dan menepati kehendak serta citarasa pelanggan pelbagai peringkat umur. Oleh itu, Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. telah menjalinkan hubungan yang kukuh dengan pihak-pihak yang berkaitan untuk memastikan bahan terbitan yang dihasilkan bermutu tinggi.

 

Rimbunan Islamik media Sdn. Bhd. meletakkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW sebagai teras dalam menghasilkan bahan-bahan penerbitannya. Hal ini menjadikan usaha dakwah Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. menerusi bahan-bahan terbitannya di yakini. Dalam hal ini, Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. telah menerbitkan pelbagai produk dalam skala besar mahupun kecil untuk memenuhi keperluan ummah dan pasaran. Antaranya termasuklah al-Quran terjemahan, surah Yasin, tafsiran surah-surah tertentu, buku-buku berkaitan fardu ain, tarbiah santai, buku-buku umum yang dapat dijadikan panduan hidup ummah dan sebagainya.