Katalog Kami


Analogi Nabawi Dalam Kehidupan Insani

RM45.00

 

 

 

 

Beli Sekarang

SKU: 9789671502327 Categories: , Tag:
Description

Perumpamaan dan kiasan merupakan antara elemen penting yang boleh mendatangkan kesan yang besar dalam menyampaikan
sesuatu mesej. Antara keistimewaan perumpamaan dan kiasan ialah penampilannya yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang tepat
dan digambarkan pula dengan cara yang sangat indah dan menarik.

Penggunaan perumpamaan dan kiasan memberikan peluang kepada pendengar untuk memahami dengan tepat maksud yang hendak
disampaikan oleh sesuatu mesej. Justeru, buku Analogi Nabawi Dalam Kehidupan Insani menghuraikan pelbagai perumpamaan dan kiasan yang telah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis baginda. Menerusi buku ini, para pembaca akan dapat merasai betapa indah dan halusnya bahasa Baginda SAW dalam menyampaikan mesej Allah SWT kepada umatnya yang menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan ini.

Semoga buku ini dapat membantu para pembaca memahami dan mendalami maksud perumpamaan dan kiasan yang terdapat dalam hadis-hadis Baginda
SAW dengan lebih berkesan dan bermakna.

Additional Information
Weight 0.58 kg
Dimensions 5 × 6 × 5 cm
Publisher

Rimbunan Islamik Media

BookAuthor

Dr. Mohd Sukki Othman

RAK

3-D1