RM32.00
“Islam adalah agama yang mudah dan sempurna meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Buku ini menjelaskan konsep Islam sebagai agama atau cara hidup yang sempurna melalui konsep Islam sebagai agama atau cara hidup yang sempurna melalui konsep Iman, Islam dan Ihsan. Cara olahan yang mudah difahami dan mampu memberikan keseronokkan belajar dalam memahami konsep Islam sebagai cara hidup melalui kaedah soal jawab dan aktiviti serta latihan menguji minda dan kefahaman tentang topik yang dibincangkan.”
Sahibus Samahah Dato’ Haji Zamri bin Hashim
Timbalan Mufti
Negeri Perak Darul Ridzuan
“Idea penulisan dengan menggunakan kaedah soal jawab dan aktiviti yang kreatif dan menyeronokkan seperti teka silang kata, cari perkataan tersembunyi, susun kata perkataan, teka teki, soalan kemahiran berfikir aras tinggi, padanan, akronim, akrostik dan sebagainya. Ianya bertujuan meningkatkan kefahaman dan minat terhadap ilmu pengetahuan terutamanya menyampaikan ilmu berkaitan Islam secara ringkas, padat dan santai dan kreatif”
Prof Madya Dr Azmil Bin Hasim
Pensyarah Kanan Pendidikan Islam
Universiti Pendidikan Sultan Idris
______________________________________________________________________________________________________________________________________
Buku ini membincangkan perkara asas dalam agama Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak dalam bentuk yang santai, ringkas dan padat serta memudahkan pembaca untuk memahami maklumat-maklumat yang penting tentang asas Islam. Buku ini dibahagikan kepada 5 bab iaitu : Bab 1 : Konsep Islam sebagai Addin Bab 2 : Konsep Akidah dalam Islam Bab 3 : Konsep Ibadah dalam Islam Bab 4 : Ibadah Khusus Bab 5 : Konsep Akhlak dalam Islam
Weight | 0.67 kg |
---|---|
Dimensions | 5 × 6 × 5 cm |
Publisher | Rimbunan Islamik Media |
BookAuthor | Mohd Rashidi Bin Omar |
RAK | 32-D11 |