Katalog Kami


Pengurusan Kewangan Keluarga Dalam Islam

RM24.90

Beli Sekarang

Description

Anak adalah harta yang paling berharga bagi ibu bapa. Tidak ada ibu bapa yang mengharapkan keburukan dan kegagalan berlaku pada pelengkap jiwa mereka. Apa yang pasti, ibu bapa sedaya upaya berusaha demi kebaikan anak-anak, termasuklah urusan pendidikan mereka. Bidang pendidikan yang perlu diberi perhatian pada masa kini adalah pendidikan kewangan. Mengapakah subjek ini penting? Perbincangan tentang masalah kewangan kadangkala dapat menimbulkan ketegangan dan kesannya berpanjangan jika tidak berhati-hati. Oleh sebab itu, pendidikan kewangan adalah subjek yang digalakkan dan tanggungjawab mendidik yang utama terletak pada ibu bapa. Penting bagi anak-anak mempelajari urusan kewangan keluarga supaya mereka dapat membentuk wawasan dalam pengurusan kewangan peribadi. Diharapkan juga anak-anak tidak hanya tahu membelanjakan wang yang mereka dapat daripada ibu bapa, malah mereka hendaklah tahu cara menguruskan wang dengan baik, mengikut teladan Nabi Muhammad SAW. Anak yang bijak lahir daripada ibu bapa yang bijak. Didikan ibu bapa pasti memberi kesan kepada anak-anak sehingga mereka dewasa kelak. Selamat membaca!

Additional Information
Weight 0.48 kg
Dimensions 5 × 6 × 5 cm
Publisher

Rimbunan Islamik Media

BookAuthor

Aditya Akbar Hakim

RAK

20-D7