Katalog Kami


Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Baru 2022 (Tafsir Kebangsaan)

RM135.00

NOTA: jika ingin melakukan pesanan sila hubungi pihak kami secara terus.

Beli Sekarang

SKU: 9789830426686 Categories: ,
Description

Di Malaysia, idea menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Melayu telah dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. kerja terjemahan al-Quran diserahkan pula kepada Sheikh Abdullah Basmeih pada pertengahan tahun 1960-an. Bahan terjemahan berkenaan diberi judul Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran (TPR) yang diambil sempena gabungan nama Allah SWT iaitu ar-Rahman dan nama mantan Perdana Menteri Pertama Malaysia.

Tafsir Pimpinan ar-Rahman (TPR) edisi terbaharu 2022 ini merupakan terbitan bersama JAKIM-Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. Dengan penerbitan edisi kemas kini ini, diharapkan ia menjadi rujukan kebangsaan sebagai terjemahan rasmi tunggal kepada masyarakat.

AFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN KEPADA PENGERTIAN AL-QURAN

(EDISI RUMI BAHARU)

  • Kitab tafsir karya Syeikh Abdullah Basmeih yang diberi nafas baharu
  • Satu-satunya kitab tafsir yang diangkat sebagai Tafsir Kebangsaan
  • Teks al-Quran berdasarkan Mushaf Madinah
  • Diperakui Ahli Lajnah Tashih bertauliah
  • Menggunakan bahasa Melayu standard
  • Struktur bahasa disemak oleh Munsyi DBP
  • Gaya bahasa mudah difahami
  • Untuk rujukan utama pelbagai lapisan masyarakat
  • Saiz kitab lebih besar dan menarik
  • tulisan senang dibaca dan mesra pengguna

Terbitan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Rimbunan Islamik Media Sdn Bhd

Additional Information
Publisher

Rimbunan Islamik Media

Language

Bahasa Melayu