Katalog Kami


Mari Kenal Ilmu Tafsir

RM25.50

 

 

 

 

 

Beli Sekarang

SKU: 9789671502365 Categories: , Tag:
Description

Buku ini membincangkan tajuk-tajuk berkaitan pengenalan dalam ilmu tafsir yang sewajarnya diketahui oleh para penuntut ilmu dan juga orang yang ingin mendalami ilmu tafsir al-Quran. Kupasan yang dibuat dalam buku ini lebih kepada perbahasan secara asas yang perlu diketahui oleh masyarakat Islam tentang ilmu tafsir bagi membantu mereka memahami ayat-ayat al-Quran dengan lebih berkesan. Pendekatan seumpama ini dirasakan lebih sesuai untuk mendekati kalangan pembaca yang rata-rata tidak mendalami bidang pengajian Islam termasuk juga mereka yang ingin memahami bidang ilmu tafsir dengan lebih mendalam. Selain itu, kupasan dan penjelasan yang dibuat berasaskan tradisi keilmuan Islam berpandukan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber dan rujukan utama. Tafsiran-tafsiran ini digarap daripada kitab-kitab tafsir yang muktabar serta kitab-kitab lain yang berkaitan dengan isu yang diketengahkan selain memperkenalkan kitab-kitab tafsir yang perlu diketahui oleh para penuntut ilmu seperti Tafsir al-Tabari, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Fi Zilal al-Quran, Tafsir al-Azhar, Tafsir al-Manar dan banyak lagi.

Additional Information
Weight 0.58 kg
Dimensions 5 × 6 × 5 cm
Publisher

Rimbunan Islamik Media

BookAuthor

Dr. Mohd Sukki Othman

RAK

7-D3