RM38.00
Sesuai dengan temanya, buku ini membahas kontroversi dan polemik antara golongan penyokong dan penentang Salafi-Wahabi. Memang ramai yang bercakap dan menulis persoalan ini, tetapi selalunya mereka bukannya meredakan konflik yang ada, sebaliknya menambah-burukkan lagi konflik tersebut melalui sikap mereka yang berpihak kepada golongan tertentu dan menyerang golongan lain secara ekstrem (ghuluw). Misalnya kalangan mereka yang menganjurkan kebebasan bermazhab, mereka mendukung konsep “La-Mazhabiyah” dengan menolak mazhab sama sekali. Selagi sikap ekstrem dan fanatik menguasai diri, tidak mungkin sebarang penyelesaian dapat dicapai. Ini kerana sikap ini bertolak daripada premis dikotomi hitam-putih seumpama ucapan “Aku betul, engkau sesat.” Walaupun premis eksklusif yang tegas seperti ini sangat penting dalam persoalan Qat’iyyah-Thawabit atau jelas dan kekal hukumnya seumpama bidang Usul Aqidah dan Ibadah, tetapi dalam ruang Zhanniyat-Mutaghayyirat atau tidak jelas dan berubah hukumnya seperti dalam isu furu’ Ibadah dan Syari’ah, amat malang sekali jika kita masih keras dan garang.
Weight | 0.67 kg |
---|---|
Dimensions | 5 × 6 × 5 cm |
Publisher | Rimbunan Islamik Media |
BookAuthor | Dr Abdul Rahman Abdullah |
RAK | 30-D10 |